Rabu, 26 Juni 2013

Buat Renungan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang
cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang ,
sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000
sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang
lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah S.W.T dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman
yang bermaksud.  "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi  di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia
yang  paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang
lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran
mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi
kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih
sukai dari solatmu  itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,
sedangkan kamu  mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku  berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga  Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah  Jibrail  as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua  sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah  malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan  lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah  bayangan  sebuah pohon dan dia sujud  kepada Allah SWT lalu ia berkata  dalam sujud :
 "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang
tlah kamu lakukan, niscaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad
terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.....

"Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara yaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan Ridho-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan Murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam  Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang
lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau kamu salah se'orang yang selalu mempunyai niat baik dan rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim, Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang  yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar